Tuesday 12 February 2013

Coret-coret 13 Febuari 2013 : Aku nak berhenti kerja kerjaan.

13 Febuari 2012

Hari ni aku dok sengsorang kat umah...cuti yang diperuntukkan telah pon habis... tetapi??? aku sambung cuti lagi...

Betapa aku tak syok bekerja lagi...

Cita2 untuk bekerja sendiri dah lama aku simpan... kira2 dua tahun yang dulu kot... masa tu dah mula muak dgn surrounding gov sector...

kenapa dulu aku masuk gov??? 88% reason adalah kerana pengaruh orang sekeliling...

- keje gov ni bagus... sng wat loan...
- keje gov ni bagus... ada pencen... tejamin hidup
- keje gov ni bagus... peluang diberhentikan tu hampir tiada...
- keje gov ni bagus... bla... bla... bla...

MAC ini genaplah aku berkhidmat selama 4 tahun dalam gov...

menyesal??? tidak sama sekali... inilah yang dinamakan pengalaman...tak rasa sendiri... tak tahu...

lain padang lain belalang... (eceh... sempat aku selitkan peribahasa melayu) ok pe... dpt jugak aku share ilmu dgn kalian semua.

namun... pada diri aku sendiri... bekerja dengan kerajaan buat aku rasa terpenjara... ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia...mmg takde can nak ke kementerian lain...lebih terseksa rasanya sewaktu aku dh bernikah dan terpaksa berjauhan dengan suami tercinta hampir 600km jauhnya...susah sgt nak dpt tuka waktu tu... lebih setahun aku tggu untuk dapat tuka bekerja dekat dengan suami... Alhamdulillah...

selepas ditukarkan... ditempatkan pula di bahagian yang paling buat aku tertekan... iaitu kaunter klinik....tekanan yang dtg membuatkan semangat aku nak berhenti kerja kerajaan semakin membara!

apa yang lebih teruk tentang gov... ia mencipta satu pemikiran iaitu... " tanpa kerja kerajaan, kita akan gagal... kita akan mati..."

ia buat kita terlupa pada DIA... ALLAH Yang Maha Kuasa...

DIA yang memberi rezeki... mengapa mesti terhimpit dengan momokan gov...

kerana itu aku NEKAD untuk membebaskan diri aku...

segala susah senang akan aku harungi...

aku percaya... rezeki aku di tangan ALLAH... bukan kerajaan...

aku mahu bergantung sepenuhnya kepada ALLAH...

dan aku tak sabar menanti tibanya waktu itu.

semoga ALLAH permudahkan. Ameen.

1 comment: